بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Assalamualaikum, alhamdulillah walaupun admin tidak berapa
sihat kali ini... tapi admin nak juga berkongsikan sebuah cerita kepada antum
sekaliannn.. kali ni admin nak ceritakan tentang… emmm agak-agak??? huuuuuhhhh
kali ni admin nak ceritakan tentang baginda nabi s.a.w menyebarkan dakwah islam
ke taif…. Dugaan yang mustahil bagi manusia biasa hanya orang yang mempunyai
akhlak murni seperti beliau s.a.w sahaja yang mampu menghadapi dugaan sebegitu…
Selepas baginda diangkat menjadi rasul.. orang yang paling
melindugi beliau daripada kaum quraish daripada menyakiti, menggangu dan
menghalang beliau daripada menyebarkan dakwah islam ialah bapa saudaranya sendiri iaitu abu
talib…. Walaupun abu talib tidak memeluk islam hingga ke hujung usianya namun
dial ah orang yang paling melindungi nabi daripada segala ancaman… namun
selepas kematian abu talib pihak quraish telah memperhebatkan lagi tentangan
terhadap nabi s.a.w… sehingga di suatu masa baginda membuat keputusan untuk pergi
ke taif untuk menyebarkan dakwah islam…
Disana baginda menemui tiga orang penduduk taif dan
menyampaikan dakwah islam kepada mereka secara berasingan… namun dakwah baginda
telah ditolak oleh taif….. penduduk bukan sahaja ditolak malah mereka tidak mahu
mendengari apa yang ingin disampaikan oleh rasulullah s.a.w dan melayani
baginda dengan kasar dan sungguh biadap…. Mereka berterus terang mengatakan
bahawa mereka tidak suka akan apa yang disampaikan oleh baginda s.a.w…. namun
baginda tidak berputus asa untuk menyebarkan dakwah di taif…. Baginda cuba
untuk menghampiri penduduk biasa di taif….namun bagida telah dihalau oleh
penduduk taif dan melemparkan kata-kata yang kasar kepada baginda s.a.w…
setelah baginda membuat keputusan untuk meninggalkan taif….
Mereka tidak membiarkan baginda s.a.w untuk pergi begitu
sahaja,…mereka menyuruh anak-anak mereka untuk pergi mengejek, megusik,
mengacau baginda s.a.w…. tidak cukup dengan itu….Mereka melemparkan batu-batu
yang tajam kepada baginda s.a.w sehingga menyebabkan mengalir darah yang mulia
nabi s.a.w…Darah baginda s.a.w mengalir dengan begitu banyak sekali sehingga
menyebabkan selipar baginda dipenuhi darah….. dalam keadaan sebegitu baginda
telah mengangkat tangannya dan mengadukan tentang kelemahan dirinya pada allah
s.w.t sehingga allah s.w.t mengutuskan malaikat jibril a.s untuk menemui
beliau….
Setibanya jibril a.s dihadapan nabi s.a.w… jibril a.s telah
berkata wahai rasulullah s.a.w saya telah diperintahkan oleh allah s.w.t untuk
menjalankan segala yang diperintah tuan…. sekiranya dikehendaki kami sanggup
menyebabkan gunung ganag ini berlanggaran sehingga penduduknya mati dihempap
oleh gunung ganang ini sebagai hukuman kepada mereka atas apa yang mereka
lakukan kepada engkau… mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat nabi s.a.w
lantas berkata walaupun mereka tidak mahu menerima islam, saya berharap agar
anak-anak mereka menerima islam dan berbakti kepada islam…
Masyaallah, bagaimana pula dengan kita?? Baru cadangan dan
permintaan kita ditolak sudah melemparkan maki hamun dan ada sesetengah yang
bercadang untuk membalas dendam terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan apa
yang dicadangkan kita..lihat lah akhlak baginda s.a.w walaupun menerima dugaan
yang berat daripada penduduk taif baginda tidak sedikit pun menyimpan perasaan
dendam terhadap mereka walaupun mempunyai kesempatan untuk berbuat demikian…
.jpg)