Sunday, 22 February 2015

Akhlak nabi s.a.w menghadapi penduduk taif

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

          Assalamualaikum, alhamdulillah walaupun admin tidak berapa sihat kali ini... tapi admin nak juga berkongsikan sebuah cerita kepada antum sekaliannn.. kali ni admin nak ceritakan tentang… emmm agak-agak??? huuuuuhhhh kali ni admin nak ceritakan tentang baginda nabi s.a.w menyebarkan dakwah islam ke taif…. Dugaan yang mustahil bagi manusia biasa hanya orang yang mempunyai akhlak murni seperti beliau s.a.w sahaja yang mampu menghadapi dugaan sebegitu…
Selepas baginda diangkat menjadi rasul.. orang yang paling melindugi beliau daripada kaum quraish daripada menyakiti, menggangu dan menghalang beliau daripada menyebarkan dakwah islam  ialah bapa saudaranya sendiri iaitu abu talib…. Walaupun abu talib tidak memeluk islam hingga ke hujung usianya namun dial ah orang yang paling melindungi nabi daripada segala ancaman… namun selepas kematian abu talib pihak quraish telah memperhebatkan lagi tentangan terhadap nabi s.a.w… sehingga di suatu masa baginda membuat keputusan untuk pergi ke taif untuk menyebarkan dakwah islam…
           Disana baginda menemui tiga orang penduduk taif dan menyampaikan dakwah islam kepada mereka secara berasingan… namun dakwah baginda telah ditolak oleh taif….. penduduk bukan sahaja ditolak malah mereka tidak mahu mendengari apa yang ingin disampaikan oleh rasulullah s.a.w dan melayani baginda dengan kasar dan sungguh biadap…. Mereka berterus terang mengatakan bahawa mereka tidak suka akan apa yang disampaikan oleh baginda s.a.w…. namun baginda tidak berputus asa untuk menyebarkan dakwah di taif…. Baginda cuba untuk menghampiri penduduk biasa di taif….namun bagida telah dihalau oleh penduduk taif dan melemparkan kata-kata yang kasar kepada baginda s.a.w… setelah baginda membuat keputusan untuk meninggalkan taif….
          
          Mereka tidak membiarkan baginda s.a.w untuk pergi begitu sahaja,…mereka menyuruh anak-anak mereka untuk pergi mengejek, megusik, mengacau baginda s.a.w…. tidak cukup dengan itu….Mereka melemparkan batu-batu yang tajam kepada baginda s.a.w sehingga menyebabkan mengalir darah yang mulia nabi s.a.w…Darah baginda s.a.w mengalir dengan begitu banyak sekali sehingga menyebabkan selipar baginda dipenuhi darah….. dalam keadaan sebegitu baginda telah mengangkat tangannya dan mengadukan tentang kelemahan dirinya pada allah s.w.t sehingga allah s.w.t mengutuskan malaikat jibril a.s untuk menemui beliau….
       
         Setibanya jibril a.s dihadapan nabi s.a.w… jibril a.s telah berkata wahai rasulullah s.a.w saya telah diperintahkan oleh allah s.w.t untuk menjalankan segala yang diperintah tuan…. sekiranya dikehendaki kami sanggup menyebabkan gunung ganag ini berlanggaran sehingga penduduknya mati dihempap oleh gunung ganang ini sebagai hukuman kepada mereka atas apa yang mereka lakukan kepada engkau… mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat nabi s.a.w lantas berkata walaupun mereka tidak mahu menerima islam, saya berharap agar anak-anak mereka menerima islam dan berbakti kepada islam…


Masyaallah, bagaimana pula dengan kita?? Baru cadangan dan permintaan kita ditolak sudah melemparkan maki hamun dan ada sesetengah yang bercadang untuk membalas dendam terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan apa yang dicadangkan kita..lihat lah akhlak baginda s.a.w walaupun menerima dugaan yang berat daripada penduduk taif baginda tidak sedikit pun menyimpan perasaan dendam terhadap mereka walaupun mempunyai kesempatan untuk berbuat demikian… 

No comments:

Post a Comment