بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Assalamualaikum… pada hari ini admin masih lagi
diberikan kesihatan daripada Allah s.w.t dan diberikan keizinan untuk
menceritakan kisah-kisah yang berlaku pada zaman nabi s.a.w… kali ini admin nak
ceritakan sikit tentang seorang sahabat yang bernama hatib ibnu balta’ah r.a…
hatib ini diceritakan pernah mengkhianati rasulullah s.a.w namun dengan akhlak yang dimiliki rasulullah
s.a.w sudah tentunya perbuatan itu dengan mudah dimaafi oleh rasulullah s.a.w…..
hatib pernah juga berperang bersama nabi s.a.w dalam perang badar dan beliau
telah membunuh ramai kaum musyrik dalam perang badar…. Tujuan hidupnya
hanyalah untuk mencintai Allah s..w.t dan Rasulullah s.a.w… namun apakah yang
membuatkan beliau sanggup menghianati rasulullah s.a.w???? nak tahu lagi… baca
cerita di bawah….
Pada suatu hari, di
dalam kesibukan nabi s.a.w dan para sahabat membuat persiapan untuk pembukaan
kota mekah…. Keluarga hatib yang tinggal dimekah menyebabkan hatib menjadi
gelisah… beliau bimbang akan keadaan keluarganya di mekah akibat diganggu oleh
kaum quraish... ditambah lagi dengan bisikan-bisikan syaitan yang menggodanya
agar melakukan sesuatu perkara yang boleh menyelamatkan keluarganya daripada
gangguan kaum quraish… lantas dia mendapat suatu idea bagaimana untuk
menyelamatkan keluarganya …. Beliau pun mendekati kaum quraish untuk
memberitahu apa yang telah dirancang oleh rasulullah s.a.w mengenai perancangan
untuk pembukaan kota mekah…… lalu beliau menyuruh seorang wanita untuk menyampaikan
surat yang telah ditulis olehnya kepada kaum quraish…. Wanita itu pun bersetuju
kerana hatib akan memberikan ganjaran yang lumayan kepada wanita tersebut…
Hatib menyuruh wanita
tersebut menyimpan surat yang telah diberinya kepada wanita itu di sanggul
rambutnya agar ia tidak dpat diketahui oleh orang lain sekiranya pemeriksaan
dilakukan… hatib tidak sedar bahawa
perbuatanya ini merupakan penghianatan kepada Allah s.w.t dan juga Rasulullah
s.a.w…. selepas itu rasulullah s.a.w didatangi oleh malaikat jibrail a.s
memberitahukan tentang apa yang telah hatib lakukan…. Lantas rasulullah s.a.w
memanggil saidina ali bin abi thalib dan zubair ibnu awwam agar mencari wanita
tersebut…. Ali bin abi thalib bersama
zubair pun mencari wanita tersebut … lalu mereka menjumpai wanita tersebut dan
memerintahkan wanita tersebut agar menyerahkan surah yang telah ditulis oleh
hatib ibnu balta’ah… wanita itu enggan memberikan surat tersebut… lalu
tunggangan beliau diperiksa oleh saidina ali dan zubair dan mendapati surat itu
tiada….
Lalu ali berkata dalam
nada yang marah ‘’demi Allah s.w.t yang maha mengetahui dan rasulullah yang
tidak pernah berdusta’’ serahkan surat itu atau aku melakukan sesuatu agar
engkau menyerahkan surat itu kepadaku….. lalu wanita itu menyuruh ali membelakangkan
beliau dan mengambil surat yang terletak disanggulnya itu dan menyerahkan
kepada ali… setelah mendapatkan surat itu ali dan zubair pulang ke madinah
untuk menyerahkan surat itu kepada rasulullah s.a.w ….. lalu rasulullah s.a.w
memangil hatib untuk berjumpa dengan beliau…. Smpainya hatib untuk bertemu
rasulullah s.a.w umar berkata wahai rasulullah s.a.w izin kan ak mamancung
sahaja kepala munafik ini….
Kerana pada tanggapan
umar sesiapa yang memberikan maklumat tentera islam kepada musuh adalah cubaan
untuk menjatuhkan islam….. Rasulullah menyuruh umar agar bertenang….. Rasulullah
s.a.w bertanyakan kepada hatib apakah yang mendorong mu untuk melakukan perkara
sedemikian….Hatib pun menjawab wahai rasulullah jgan lah engkau segera
menghukum ku… aku melakukan ini kerana aku bimbang sesuatu berlaku keatas
keluarga ku di mekkah…. Rasulullah s.a.w memandang para sahabat yang hadir
dengan wajah yang bersinar dan berkata bagaimanapun hatib telah berkata jujur….
Lalu rasulullah s.a.w pun memaafkan hatib diatas kesilapan yang telah
dilakukan….. demikiankan mulianya akhlak
rasulullah s.a.w yang mudah memaafkan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan
terhadap beliau….. semoga roh beliau cucuri rahmat dan ditempatkan di tempat
yang mulia di sisi Allah s.w.t…. dan semoga Allah s.w.t menempatkan kita
bersama baginda di akhirat kelak….. sollualannabi s.a.w….
No comments:
Post a Comment