بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Assalamualaikum...
alhamdulillah pada hari ini admin nak ceritakan pula tentang seorang sahabat
yang diberi nama thalhah bin ubaidullah... Thalhah merupakan salah seorang dari
lapan orang yang pertama masuk Islam. Sejak awal keislamannya sampai akhir hidupnya
dia tidak pernah mengingkari janji. Dikenali sebagai seorang yang menepati
janji, ia juga dikenali sebagai orang jujur, tidak pernah menipu apalagi
khianat...Bila diingatkan tentang perang Uhud, Abubakar RA selalu teringat pada
Thalhah. Ia berkata, “Perang Uhud adalah hari bagi Thalhah. Pada waktu itu
akulah orang pertama yang menjumpai Rasulullah SAW. Ketika melihat aku dan Abu
Ubaidah, baginda berkata kepada kami: “Lihatlah saudaramu ini.” Pada waktu itu
aku melihat tubuh Thalhah terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah dan
jari tangannya putus.”
Pada suatu hari berlakunya perang uhud thalhah
memainkan peranan yang teramat penting dalam perang uhud….Dalam perang ini
Talhah telah telah menunjukkan keberanian dan kehandalannya yang luarbiasa….
Beliau telah tampil ke hadapan untuk mempertahankan jiwa Rasulullah tatkala
Baginda sedang terkepung oleh pihak musuh …
Pada ketika itu terdapat sebelas sahabat dari
pihak Ansar dan seorang Muhajir iaitu Talhah yang berada di sisi Rasulullah
s.a.w… Rasulullah s.a.w. terpaksa mendaki bukit lalu dikejar oleh kaum
musyrikin…. Baginda kedengaran berteriak, "Barangsiapa yang mengusir
musuh-musuh itu akan menjadi sahabatku di syurqa kelak…” setelah itu talhah
berkata "Aku, ya Rasulullah…" lalu baginda pun berkata "Tidak,
bertahanlah di tempat mu dulu!"…. Seorang di kalangan pihak Ansar telah
tampil ke hadapan dan disetujui oleh Rasulullah…. Dia telah bertahan dengan
sungguh-sungguh hingga beroleh syahid… Rasulullah s.a.w kemudian mendaki lagi
bukit itu, dikejar oleh pihak musuh….
"Tidak ada lagikah sesiapa yang akan
mengusir musuh-musuh itu?" teriak Rasulullah…. Talhah sekali lagi
menyatakan kesanggupannya untuk menghadapi musuh-musuh itu tetapi Rasulullah
terus menyuruhnya supaya bertahan di tempatnya sahaja…. Seorang pahlawan Ansar
tampil ke hadapan dan berjuang lalu terbunuh lagi…. Keadaan ini berlaku hingga
kesemua yang berada di sisi Rasulullah s.a.w peroleh syahidnya kecuali Talhah
Bin Ubaidullah…. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w berteriak, "Sekarang ya
bolehlah engkau menyerang!" teriak Rasulullah s.a.w kepada Talhah. ....
Tatkala itu gigi Rasulullah telah tanggal oleh
pukulan musuh... Kelihatan muka baginda berlumuran darah… Baginda nampaknya
hampir tidak berdaya lagi... Tatkala itulah Talhah tanpa memikirkan keselamatan
nyawanya segera melindungi Baginda dari serangan musuh yang bertubi-tubi
datangnya... Dengan kehandalan dan keberaniannya beliau berjaya mematahkan
serangan musuh… Beliau telah bertempur dengan gigihnya hingga berjaya
menyelamatkan diri Rasulullah. Bahkan anak jarinya telah terputus kerana
gigihnya mempertahankan jiwa Rasulullah s.a.w.
Tatkala perang sedang menghebat itu, Abu Bakar
dan Abu Ubaidah berada agak jauh dari tempat Rasulullah s.aw…. melihat keadaan
Rasulullah s.a.w dalam keadaan itu mereka segera berkejar ke arah Baginda untuk
membantu… Tetapi Rasulullah s.a.w, segera bersabda, "Tinggalkan saya dan
bantulah sahabatmu itu (iaitu Talhah)…"Talhah ketika itu sedang berlumuran
dengan darah... Beliau telah mendapat luka-luka yang banyak akibat tusukan
pedang, lembing dan panah... Beliau telah terjatuh dalam sebuah lubang hingga
tidak sedarkan diri… Demikian besarnya jasa beliau dalan Perang Uhud itu.
Setiap kali bila kisah Perang Uhud ini diceritakan orang, Saiyidina Abu Bakar
akan mencelah, "Hari itu, bahkan seluruh hari itu adalah kepunyaan
Talhah."
Masyaallah jika kita lihat bagaimana sahabat mahu melindungi rasulullah
s.a.w dari musuh… betapa bimbangnya sahabat akan keselamatan rasulullah s.a.w…
sehingga nyawa mereka tidak ada nilainya jika rasulullah s.a.w disakiti… semoga
kita menjadi seperti para sahabat baginda s.a.w yang amat mencintaidan
menyayangi baginda s.a.w … insyallah… assalamualaikum
.jpg)
.jpg)
.jpg)