Sunday, 15 March 2015

Kisah Thalhah Bin Ubaidullah

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Assalamualaikum... alhamdulillah pada hari ini admin nak ceritakan pula tentang seorang sahabat yang diberi nama thalhah bin ubaidullah... Thalhah merupakan salah seorang dari lapan orang yang pertama masuk Islam. Sejak awal keislamannya sampai akhir hidupnya dia tidak pernah mengingkari janji. Dikenali sebagai seorang yang menepati janji, ia juga dikenali sebagai orang jujur, tidak pernah menipu apalagi khianat...Bila diingatkan tentang perang Uhud, Abubakar RA selalu teringat pada Thalhah. Ia berkata, “Perang Uhud adalah hari bagi Thalhah. Pada waktu itu akulah orang pertama yang menjumpai Rasulullah SAW. Ketika melihat aku dan Abu Ubaidah, baginda berkata kepada kami: “Lihatlah saudaramu ini.” Pada waktu itu aku melihat tubuh Thalhah terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah dan jari tangannya putus.”

Pada suatu hari berlakunya perang uhud thalhah memainkan peranan yang teramat penting dalam perang uhud….Dalam perang ini Talhah telah telah menunjukkan keberanian dan kehandalannya yang luarbiasa…. Beliau telah tampil ke hadapan untuk mempertahankan jiwa Rasulullah tatkala Baginda sedang terkepung oleh pihak musuh … Pada ketika itu terdapat sebelas sahabat dari pihak Ansar dan seorang Muhajir iaitu Talhah yang berada di sisi Rasulullah s.a.w… Rasulullah s.a.w. terpaksa mendaki bukit lalu dikejar oleh kaum musyrikin…. Baginda kedengaran berteriak, "Barangsiapa yang mengusir musuh-musuh itu akan menjadi sahabatku di syurqa kelak…” setelah itu talhah berkata  "Aku, ya Rasulullah…"  lalu baginda pun berkata "Tidak, bertahanlah di tempat mu dulu!"…. Seorang di kalangan pihak Ansar telah tampil ke hadapan dan disetujui oleh Rasulullah…. Dia telah bertahan dengan sungguh-sungguh hingga beroleh syahid… Rasulullah s.a.w kemudian mendaki lagi bukit itu, dikejar oleh pihak musuh….

"Tidak ada lagikah sesiapa yang akan mengusir musuh-musuh itu?" teriak Rasulullah…. Talhah sekali lagi menyatakan kesanggupannya untuk menghadapi musuh-musuh itu tetapi Rasulullah terus menyuruhnya supaya bertahan di tempatnya sahaja…. Seorang pahlawan Ansar tampil ke hadapan dan berjuang lalu terbunuh lagi…. Keadaan ini berlaku hingga kesemua yang berada di sisi Rasulullah s.a.w peroleh syahidnya kecuali Talhah Bin Ubaidullah…. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w berteriak, "Sekarang ya bolehlah engkau menyerang!" teriak Rasulullah s.a.w kepada Talhah. ....

Tatkala itu gigi Rasulullah telah tanggal oleh pukulan musuh... Kelihatan muka baginda berlumuran darah… Baginda nampaknya hampir tidak berdaya lagi... Tatkala itulah Talhah tanpa memikirkan keselamatan nyawanya segera melindungi Baginda dari serangan musuh yang bertubi-tubi datangnya... Dengan kehandalan dan keberaniannya beliau berjaya mematahkan serangan musuh… Beliau telah bertempur dengan gigihnya hingga berjaya menyelamatkan diri Rasulullah. Bahkan anak jarinya telah terputus kerana gigihnya mempertahankan jiwa Rasulullah s.a.w.

Tatkala perang sedang menghebat itu, Abu Bakar dan Abu Ubaidah berada agak jauh dari tempat Rasulullah s.aw…. melihat keadaan Rasulullah s.a.w dalam keadaan itu mereka segera berkejar ke arah Baginda untuk membantu… Tetapi Rasulullah s.a.w, segera bersabda, "Tinggalkan saya dan bantulah sahabatmu itu (iaitu Talhah)…"Talhah ketika itu sedang berlumuran dengan darah... Beliau telah mendapat luka-luka yang banyak akibat tusukan pedang, lembing dan panah... Beliau telah terjatuh dalam sebuah lubang hingga tidak sedarkan diri… Demikian besarnya jasa beliau dalan Perang Uhud itu. Setiap kali bila kisah Perang Uhud ini diceritakan orang, Saiyidina Abu Bakar akan mencelah, "Hari itu, bahkan seluruh hari itu adalah kepunyaan Talhah."


Masyaallah jika kita lihat bagaimana sahabat mahu melindungi rasulullah s.a.w dari musuh… betapa bimbangnya sahabat akan keselamatan rasulullah s.a.w… sehingga nyawa mereka tidak ada nilainya jika rasulullah s.a.w disakiti… semoga kita menjadi seperti para sahabat baginda s.a.w yang amat mencintaidan menyayangi baginda s.a.w … insyallah… assalamualaikum

Sunday, 8 March 2015

Kisah Saidina Bilal Bin Rabbah

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Assalamualaikum…. Apa khabar semua??  Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk admin menceritakan tentang suatu kisah yang amat menarik.... jika antum lihat pada post yang sebelum ini admin ada bgtau nak ceritakan tentang kisah seorang sahabat yang sangat rapat dengan rasulullah s.a.w ….. siapakah sahabat itu??? Ok lah admin nak ceritakan tentang betapa sedihnya muazzin rasulullah s.a.w selepas kewafatan rasulullah s.a.w….. alamak…. Siapa pulak muazzin rasulullah s.a.w nii…..?? namanya ialah bilal bin rabbah….. jadi antum dah kenal belum siapa dia muazzin rasulullah s.a.w….
Saidina Bilal Bin Rabbah adalah seorang sahabat yang begitu dicintai rasulullah s.a.w dan amat mencintai rasulullah s.a.w…. pada suatu hari selepas kewafatan rasulullah s.a.w bilal bin rabbah mendatangi khaifah iaitu abu bakar as siddiq dan berkata kepada khalifah “wahai khalifah aku ingin meminta sesuatu keizinan daripada mu wahai khalifah” lalu abu bakar pun menjawab “apakah yang engau inginkan wahai bilal” … bilal pun menjawab “aku meminta izin untuk tidak azan lagi wahai khalifah”… lalu abu bakar pun berkata “wahai bilal.. aku tidak akan menurunkan sesiapa yang pernah dianggkat oleh rasulullah s.a.w”…. bilal pun mengulangi permintaanya berkali-kali dan abu bakar juga menolak permintaan bilal berkali-kali…
Abu bakar pun berkata “aku tidak akan menurut permintaan mu kecuali engkau mempunyai alasan mengapa engkau meminta untuk tidak mahu azan lagi”….akhirnya saidina bilal pun memberikan alasan sambil air matanya mengalir dengan deras sekali dan memandang ke menara lalu melihat kubur nabi Muhammad s.a.w  yang mana kuburnya itu adalah rumah nabi s.a.w dan berkata kepada abu bakar “wahai abu bakar…dahulu sebelum kewafatan nabi s.a.w aku sering memberitahu nabi s.a.w bahawa telah sampai waktu untuk menunaikan solat dan kadang kala nabi s.a.w pula memberitahu kepada aku telah smpainya waktu untuk menunaikan solat…. Dan rasulullah s.a.w akan menemani ku di menara untuk melaungkan azan… dan sebelum aku menghadap kiblat untuk melaungkan azan aku selalu melihat rasulullah s.a.w sedang melihat ku…. Perbuatan itu aku lakukan sehari lima kali pada tiap2 hari… keadaan itu mengingatkan aku pada rasulullah s.a.w sehinggakan aku tidak mampu untuk melaungkan azan lagi wahai abu bakar”…abu bakar pun menitiskan air mata dan membenarkan apa yang diminta oleh saidina bilal….
 Saidina bilal pun berhijrah ke syam dan tidak kembali lagi ke madinah  untuk suatu tempoh masa yang panjang… dan pada suatu malam saidina bilal bermimpi bertemu rasulullah s.a.w dan rasulullah s.a.w berkata “wahai bilal, keras sungguh hati mu sehingga engkau tidak mahu menziarahi ku” lalu saidina bilal pun terjaga dari tidurnya dan menangis sekuat-kuatnya.... dan ditanya kepada bilal apakah yang membuatkan engkau menangis ini wahai bilal…lalu saidina bilal pun menceritakan apa yang berlaku didalam mimpinya kepada mereka dan saidina bilal pun berkata sambil deraian air matanya tidak berhenti-henti dan berkata “sungguh aku takut ditinggalkan rasulullah s.a.w”… lalu dia pun memperkemaskan pakaiannya untuk menuju ke madinah untuk menziarahi nabi Muhammad s.a.w… dalam perjalanan saidina bilal bin rabbah beliau tidak sekali pun berhenti untuk berehat kerana beliau sungguh tidak sabar untuk menziarahi nabi Muhammad s.a.w…..
Sampai sahaja saidina bilal di kota madinah dan melihat bukit2 yang ada di sekeliling madinah beliau mula menangis kerana teringat kepada rasulullah s.a.w …. Beliau menangis dengan tangisan yang amat deras sekali kerana di setiap tempat di madinah beliau mengingati bahawa rasulullah s.a.w pernah berada di situ… dan saidina bilal terus berjalan menuju ke kubur nabi Muhammad s.a.w…. sampai sahaja bilal di kuburnya rasulullah s.a.w  beliau terus terduduk dan hanya mampu mengucapkan “assalamualika ya rasulullah., assalamualaika ya nabiAllah, assalamualaika ya habibullah” dengan deraian air matanya semakin deras…tiba-tiba saidina bilal ditepuk dibahunya… beliau pun menoleh dan mendapati saidina abu bakar dan saidina umar berada di belakangnya….saidina bilal pun bangun dan abu bakar pun berkata “mengapa engkau wahai bilal menangis” lalu saidina bilal pun berkata “wahai khalifah aku takut ditinggalkan rasulullah s.a.w” dan perkataan itu disebutkan oleh saidina bilal berulang kali dan kemudiannya saidina bilal menceritakan apa yang telah dimimpinya kepada mereka berdua…
Saidina abu bakar berkata sesuatu untuk menggembirakan saidina bilal “wahai bilal setiap air mata yang mengalir kerana rindukan rasulullah s.a.w maka orang itu tidak akan ditinggalkan rasulullah s.a.w…..setelah saidina bilal mendengar apa yang telah dikatakan saidina abu bakar maka reda lah tangisannya…dan kemudiaan abu bakar bertanya kepada bilal “wahai bilal memandangkan engkau ada disini, boleh tak kau melaungkan azan untuk kami bilal…. kami rindu mendengar suara engkau melaungkan azan wahai bilal… lalu saidina bilal menoleh ke menara dan ke kubur rasulullah s.a.w… air mata yang telah reda tadi mula mengalir semula mendengarkan apa yang ditawarkan saidina abu bakar.. lalu saidina bilal berkata kepada mereka “tidak wahai abu bakar, tidak wahai umar…aku tidak kuat untuk melaungkan azan...”
Tidak lama kemudian saidina bilal didatangi oleh dua orang kanak-kanak… lalu kanak-kanak itu berkata “wahai tukang azan atukku..” saidina bilal menoleh kepada mereka dan mendapati mereka ialah saidina hasan dan saidina husein… mendapati mereka ialah saidina hasan dan saidina husein lalu bilal pun mengangkat tangan dan berdoa kepada allah s.w.t menyatakan syukur kerana allah s.w.t telah mengirimkan orang yang amat dicintai oleh rasulullah s.a.w….kemudian saidina bilal pun memeluk mereka sambil menangis kerana rindunya beliau kepada rasulullah s.a.w… lalu saidina hasan dan husein pun berkata “wahai bilal,, kami ingin mendengar engkau azan….kami rindu mendengar suara engkau melaungkan azan wahai bilal”… lalu saidina bilal berkata “wahai hasan dan husein… tadi mereka berdua meminta aku azan tapi aku menolak… tapi kali ini engkau pula yang meminta kepada ku untuk melaungkan azan… tidak mungkin aku tolak permintaan engkau kerana permintaan engkau seperti sama dengan permintaan rasulullah s.a.w…” lalu sampainya waktu untuk bilal melaungkan azan mereka yang berada dimasjid menangis kerana seolah2 merasakan rasulullah s.a.w masih ada pada waktu itu….
Saidina bilal pun menaiki menara sambil menangis dan seringkali menoleh ditempat yang selalunya rasulullah s.a.w berada  kerana teringat seolah2 rasulullah s.a.w masih ada pada waktu itu… lalu bilal pun melaungkan azan dan seluruh madinah yang mendengarkan azan yang dilaungkan oleh saidina bilal keluar untuk melihat siapakah yang melaungkan azan kerana azan itu hanya didengari disaat rasulullah s.a.w masih hidup dan ada yang bertanya adakah rasulullah s.a.w telah dihidupkan kembali… dan kesemua yang mendengarkan azan yang dilaungkan oleh saidina bilal menangis dan ada sesetengah mereka jatuh pengsan kerana rindu kepada rasulullah s.a.w… saidina bilal pun melanjutkan azan sehinggakan sampai saat untuk menyebutkan nama rasulullah s.a.w tangisan mereka yang berada dimasjid semakin kuat dan bilal menyuruh supaya orang lain menggantikannya kerana tidak boleh menyebutkan nama nabi Muhammad s.a.w kerana terlalu rindu kepada rasulullah s.a.w lalu saidina bilal pun jatuh pengsan…

Lihatlah betapa sayangnya saidina bilal terhadap rasulullah s.a.w … orang yang sayang kepada rasulullah s.a.w apabila kita mendengar sahaja nama rasulullah s.a.w hati kita akan bergetar kerana rindu kepada rasulullah s.a.w … mudah-mudahan kita akan mendapat syafaat dari baginda di padang mahsyar kelak dan mendapat minum air telaga kausar daripada tangan baginda sendiri….insyaallah... dan ketahuilah bahawa seseorang itu akan dihimpunkan bersama orang yang disayanginya… admin ada seorang sahabat yang gemar menulis blog berkaitan agama isalam yang indah ini... so kalau korang nak baca boleh click di SINI

Sunday, 1 March 2015

Abu Bakar r.a menangis disaat para sahabat yang lain gembira

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Assalamualaikum… apa khabar antum sekalian…?? Apa khabar dengan iman?? Dah sadoo ke iman tu?? Jangan setakat sadoo di luaran ajee tapi nak angkat takbir untuk solat fardhu pun tak mampu nak buat…. Kali ni admin nak cerita kan sikit tentang sahabat dan bapa mertua baginda s.a.w iaitu abu bakar as siddiq…. Siapa yang tidak kenal insan yang bernama abu bakar ini… seorang khalifah pertama yang memerintah umat islam selepas kewafatan nabi s.a.w…. nak diceritakan tentang akhlak abu bakar ini sungguh tidak mampu nak dibandingkan dengan kitaa… beliau sanggup mengeluarkan kesemua hartanya untuk membantu nabi s.a.w mempertjuangkan islam dizaman itu… kita?? Nak sedekah 10 ringgit kat masjid pun berkira… tu seminggu sekali je time solat jumaat…. Ok lah admin nak ceritakan kisah sedih sikit minggu ni… admin nak cerita tentang abu bakar menangis disaat para sahabat yang lain gembira…
                Pada suatu hari di penghujung musim haji diwaktu petang.. rasulullah s.a.w berada diatas unta…. Rasulullah s.a.w pun bersandar pada unta beliau dan unta beliau pun duduk dengan pelahan-lahan… selepas itu turunnya malaikat jibril a.s bertemu nabi s.a.w membawa wahyu daripada allah s.w.t dan berkata:  “wahai Muhammad, pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian jugalah apa yang dilarang oleh-Nya. Oleh itu kumpulkan lah para sahabat mu dan beritakanlah kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir ak berjumpa dengan kamu”…. Setelah malaikat jibril pergi,, rasulullah s.a.w berangkat ke mekkah dan terus pergi ke madinah… setelah mengumpulkan para sahabatnya dan menyampaikan apa yang telah diberitahu oleh malaikat jibril…. Ketika para sahabat mendengarnya mereka pun gembira dan berkata “agama kita telah sempurna! Agama kita telah sempurna!”
                Tetapi sebaik sahaja abu bakar r.a mendengar apa yang disampaikan oleh rasulullah s.a.w beliau pun terus pulang kerana terlalu sedih mendengarkan berita yang telah disampaikan oleh rasulullah s.a.w… abu bakar pulang dan mengunci pintu rumahnya dan menangis sekuat hati… abu bakar menangis dari pagi hingga ke malam….. kisah abu bakar r.a menangis ini telah didengari oleh sahabat-sahabat yang lain….. maka berkumpullah para sahabat didepan rumah abu bakar dan bertanya kepada abu bakar “wahai abu bakar, apakah yang telah membuatkan engkau bersedih sehingga begini sekali….seharusnya engkau gembira kerana agama kita telah sempurna”… mendengar apa yang diperkatakan oleh sahabat yang lain lalu abu bakar menjawab…. “tidakkah kamu tahu akan musibah yang akan menimpamu?? Tidakkah kamu tahu bahawa setelah sesuatu perkara itu sempurna maka akan kelihatanlah kekurangannya… dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan tanda perpisahan kita dengan rasulullah s.a.w……. hasan dan Husain akan menjadi yatim dan para isteri rasulullah s.a.w akan menjadi janda”….
Setelah para sahabat yang lain mendengar apa yang telah dijelaskan maka menangislah mereka dengan sekuat-kuatnya….tangisan mereka didengari oleh sahabat yang lain…mereka pun segera bertemu rasulullah dan memberitahukan tentang kejadian itu… apabila rasulullah s.a.w mendengar berita yang disampaikan oleh para sahabat maka berubahlah muka rasulullah s.a.w dan segera bergegas ke rumah abu bakar r.a…. setelah rasulullah s.a.w sampai dirumah abu bakar r.a… rasulullah s.a.w mendapati semua spara sahabat menangis dan bertanya… “wahai sahabatku sekalian, apakah yang membuatkan engkau kalian menangis..? kemudian ali r.a berkata kepada rasulullah s.aw “ya rasulullah, abu bakar mengatakan bahawa dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat..apakah ini benar ya rasulullah”…..
Lalu rasulullah s.a.w berkata “benar lah semua yang dikatakan oleh abu bakar dan sesungguhnya waktu aku meninggalkan kamu telah dekat…” sebaik sahaja abu bakar mendengarkan apa yang dikatakan oleh rasulullah s.a.w maka ia pun menangis sekuat-kuat hatinya dan sepenuh tenaganya sehingga ia pengsan… ali r.a pula mendengarkan apa yang dikatakan oleh rasulullah s.a.w maka seluruh tubuh badannya bergetar dan seluruh sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu… sehinggakan gunung-ganang, semua malaikat yang ada dilangit, semua binatang berada di darat mahupun di dalam lautan turut menangis…. Kemudia rasulullah s.a.w bersalam dengan semua para sahabat beliau satu demi dan berwasiat kepada meraka…

Masyaallah, lihat lah betapa sedih dan sayangnya abu bakar r.a apabila beliau mendapat tahu tentang masa nabi s.a.w meninggalkannya sudah dekat sehingga menyebabkan beliau jatuh pengsan…. Begitu juga dengan para sahabat yang lain sehingga menyebabkan keadaan di sana menjadi sayuuu…. Mudah-mudahan kita juga dapat mencontohi para sahabat betapa mereka mencintai nabi Muhammad s.a.w dan mudah-mudahan kita juga akan menjadi insan yang dicintai oleh baginda nabi Muhammad s.a.w….. amin… allahummaamin…. Insyaallah jika diberi kesempatan admin akan menceritakan pula tentang betapa saidina bilal bin rabbah r.a mencintai baginda s.a.w..… sekian…. Assalamualaikum…