بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Assalamualaikum….
Apa khabar semua?? Alhamdulillah masih
lagi diberikan kesempatan untuk admin menceritakan tentang suatu kisah yang
amat menarik.... jika antum lihat pada post yang sebelum ini admin ada bgtau
nak ceritakan tentang kisah seorang sahabat yang sangat rapat dengan rasulullah
s.a.w ….. siapakah sahabat itu??? Ok lah admin nak ceritakan tentang betapa
sedihnya muazzin rasulullah s.a.w selepas kewafatan rasulullah s.a.w…..
alamak…. Siapa pulak muazzin rasulullah s.a.w nii…..?? namanya ialah bilal bin
rabbah….. jadi antum dah kenal belum siapa dia muazzin rasulullah s.a.w….
Saidina
Bilal Bin Rabbah adalah seorang sahabat yang begitu dicintai rasulullah s.a.w
dan amat mencintai rasulullah s.a.w…. pada suatu hari selepas kewafatan
rasulullah s.a.w bilal bin rabbah mendatangi khaifah iaitu abu bakar as siddiq
dan berkata kepada khalifah “wahai khalifah aku ingin meminta sesuatu keizinan
daripada mu wahai khalifah” lalu abu bakar pun menjawab “apakah yang engau
inginkan wahai bilal” … bilal pun menjawab “aku meminta izin untuk tidak azan
lagi wahai khalifah”… lalu abu bakar pun berkata “wahai bilal.. aku tidak akan
menurunkan sesiapa yang pernah dianggkat oleh rasulullah s.a.w”…. bilal pun
mengulangi permintaanya berkali-kali dan abu bakar juga menolak permintaan
bilal berkali-kali…
Abu
bakar pun berkata “aku tidak akan menurut permintaan mu kecuali engkau
mempunyai alasan mengapa engkau meminta untuk tidak mahu azan lagi”….akhirnya
saidina bilal pun memberikan alasan sambil air matanya mengalir dengan deras
sekali dan memandang ke menara lalu melihat kubur nabi Muhammad s.a.w yang mana kuburnya itu adalah rumah nabi
s.a.w dan berkata kepada abu bakar “wahai abu bakar…dahulu sebelum kewafatan nabi
s.a.w aku sering memberitahu nabi s.a.w bahawa telah sampai waktu untuk
menunaikan solat dan kadang kala nabi s.a.w pula memberitahu kepada aku telah
smpainya waktu untuk menunaikan solat…. Dan rasulullah s.a.w akan menemani ku
di menara untuk melaungkan azan… dan sebelum aku menghadap kiblat untuk melaungkan
azan aku selalu melihat rasulullah s.a.w sedang melihat ku…. Perbuatan itu aku
lakukan sehari lima kali pada tiap2 hari… keadaan itu mengingatkan aku pada
rasulullah s.a.w sehinggakan aku tidak mampu untuk melaungkan azan lagi wahai
abu bakar”…abu bakar pun menitiskan air mata dan membenarkan apa yang diminta
oleh saidina bilal….
Saidina bilal pun berhijrah ke syam dan tidak
kembali lagi ke madinah untuk suatu
tempoh masa yang panjang… dan pada suatu malam saidina bilal bermimpi bertemu
rasulullah s.a.w dan rasulullah s.a.w berkata “wahai bilal, keras sungguh hati
mu sehingga engkau tidak mahu menziarahi ku” lalu saidina bilal pun terjaga
dari tidurnya dan menangis sekuat-kuatnya.... dan ditanya kepada bilal apakah
yang membuatkan engkau menangis ini wahai bilal…lalu saidina bilal pun
menceritakan apa yang berlaku didalam mimpinya kepada mereka dan saidina bilal
pun berkata sambil deraian air matanya tidak berhenti-henti dan berkata
“sungguh aku takut ditinggalkan rasulullah s.a.w”… lalu dia pun memperkemaskan
pakaiannya untuk menuju ke madinah untuk menziarahi nabi Muhammad s.a.w… dalam
perjalanan saidina bilal bin rabbah beliau tidak sekali pun berhenti untuk
berehat kerana beliau sungguh tidak sabar untuk menziarahi nabi Muhammad
s.a.w…..
Sampai
sahaja saidina bilal di kota madinah dan melihat bukit2 yang ada di sekeliling
madinah beliau mula menangis kerana teringat kepada rasulullah s.a.w …. Beliau
menangis dengan tangisan yang amat deras sekali kerana di setiap tempat di
madinah beliau mengingati bahawa rasulullah s.a.w pernah berada di situ… dan
saidina bilal terus berjalan menuju ke kubur nabi Muhammad s.a.w…. sampai
sahaja bilal di kuburnya rasulullah s.a.w
beliau terus terduduk dan hanya mampu mengucapkan “assalamualika ya
rasulullah., assalamualaika ya nabiAllah, assalamualaika ya habibullah” dengan
deraian air matanya semakin deras…tiba-tiba saidina bilal ditepuk dibahunya…
beliau pun menoleh dan mendapati saidina abu bakar dan saidina umar berada di
belakangnya….saidina bilal pun bangun dan abu bakar pun berkata “mengapa engkau
wahai bilal menangis” lalu saidina bilal pun berkata “wahai khalifah aku takut
ditinggalkan rasulullah s.a.w” dan perkataan itu disebutkan oleh saidina bilal
berulang kali dan kemudiannya saidina bilal menceritakan apa yang telah dimimpinya
kepada mereka berdua…
Saidina
abu bakar berkata sesuatu untuk menggembirakan saidina bilal “wahai bilal
setiap air mata yang mengalir kerana rindukan rasulullah s.a.w maka orang itu
tidak akan ditinggalkan rasulullah s.a.w…..setelah saidina bilal mendengar apa
yang telah dikatakan saidina abu bakar maka reda lah tangisannya…dan kemudiaan
abu bakar bertanya kepada bilal “wahai bilal memandangkan engkau ada disini,
boleh tak kau melaungkan azan untuk kami bilal…. kami rindu mendengar suara
engkau melaungkan azan wahai bilal… lalu saidina bilal menoleh ke menara dan ke
kubur rasulullah s.a.w… air mata yang telah reda tadi mula mengalir semula
mendengarkan apa yang ditawarkan saidina abu bakar.. lalu saidina bilal berkata
kepada mereka “tidak wahai abu bakar, tidak wahai umar…aku tidak kuat untuk
melaungkan azan...”
Tidak
lama kemudian saidina bilal didatangi oleh dua orang kanak-kanak… lalu
kanak-kanak itu berkata “wahai tukang azan atukku..” saidina bilal menoleh
kepada mereka dan mendapati mereka ialah saidina hasan dan saidina husein…
mendapati mereka ialah saidina hasan dan saidina husein lalu bilal pun
mengangkat tangan dan berdoa kepada allah s.w.t menyatakan syukur kerana allah
s.w.t telah mengirimkan orang yang amat dicintai oleh rasulullah
s.a.w….kemudian saidina bilal pun memeluk mereka sambil menangis kerana
rindunya beliau kepada rasulullah s.a.w… lalu saidina hasan dan husein pun
berkata “wahai bilal,, kami ingin mendengar engkau azan….kami rindu mendengar
suara engkau melaungkan azan wahai bilal”… lalu saidina bilal berkata “wahai
hasan dan husein… tadi mereka berdua meminta aku azan tapi aku menolak… tapi
kali ini engkau pula yang meminta kepada ku untuk melaungkan azan… tidak
mungkin aku tolak permintaan engkau kerana permintaan engkau seperti sama
dengan permintaan rasulullah s.a.w…” lalu sampainya waktu untuk bilal
melaungkan azan mereka yang berada dimasjid menangis kerana seolah2 merasakan
rasulullah s.a.w masih ada pada waktu itu….
Saidina
bilal pun menaiki menara sambil menangis dan seringkali menoleh ditempat yang
selalunya rasulullah s.a.w berada kerana
teringat seolah2 rasulullah s.a.w masih ada pada waktu itu… lalu bilal pun
melaungkan azan dan seluruh madinah yang mendengarkan azan yang dilaungkan oleh
saidina bilal keluar untuk melihat siapakah yang melaungkan azan kerana azan
itu hanya didengari disaat rasulullah s.a.w masih hidup dan ada yang bertanya
adakah rasulullah s.a.w telah dihidupkan kembali… dan kesemua yang mendengarkan
azan yang dilaungkan oleh saidina bilal menangis dan ada sesetengah mereka
jatuh pengsan kerana rindu kepada rasulullah s.a.w… saidina bilal pun
melanjutkan azan sehinggakan sampai saat untuk menyebutkan nama rasulullah
s.a.w tangisan mereka yang berada dimasjid semakin kuat dan bilal menyuruh
supaya orang lain menggantikannya kerana tidak boleh menyebutkan nama nabi
Muhammad s.a.w kerana terlalu rindu kepada rasulullah s.a.w lalu saidina bilal
pun jatuh pengsan…
Lihatlah
betapa sayangnya saidina bilal terhadap rasulullah s.a.w … orang yang sayang
kepada rasulullah s.a.w apabila kita mendengar sahaja nama rasulullah s.a.w hati
kita akan bergetar kerana rindu kepada rasulullah s.a.w … mudah-mudahan kita
akan mendapat syafaat dari baginda di padang mahsyar kelak dan mendapat minum
air telaga kausar daripada tangan baginda sendiri….insyaallah... dan ketahuilah
bahawa seseorang itu akan dihimpunkan bersama orang yang disayanginya… admin ada seorang sahabat yang gemar menulis blog berkaitan agama isalam yang indah ini... so kalau korang nak baca boleh click di SINI
.jpg)
Sy mohon share utk perkongsian pd sahabat2 yg lain...
ReplyDeleteCasinos with Slots in New Jersey
ReplyDeleteCasinos with Slots 바카라필승법 in New Jersey – Slots in New Jersey · 1. Bovada Casino, New Jersey, United States · 2. Barstool Casino, Atlantic City, New Jersey, United States · 복불복 룰렛 3. Caesars 포커 게임 하기 Casino, 골인 벳 Las Vegas, 넷텔러