Sunday, 15 March 2015

Kisah Thalhah Bin Ubaidullah

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Assalamualaikum... alhamdulillah pada hari ini admin nak ceritakan pula tentang seorang sahabat yang diberi nama thalhah bin ubaidullah... Thalhah merupakan salah seorang dari lapan orang yang pertama masuk Islam. Sejak awal keislamannya sampai akhir hidupnya dia tidak pernah mengingkari janji. Dikenali sebagai seorang yang menepati janji, ia juga dikenali sebagai orang jujur, tidak pernah menipu apalagi khianat...Bila diingatkan tentang perang Uhud, Abubakar RA selalu teringat pada Thalhah. Ia berkata, “Perang Uhud adalah hari bagi Thalhah. Pada waktu itu akulah orang pertama yang menjumpai Rasulullah SAW. Ketika melihat aku dan Abu Ubaidah, baginda berkata kepada kami: “Lihatlah saudaramu ini.” Pada waktu itu aku melihat tubuh Thalhah terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah dan jari tangannya putus.”

Pada suatu hari berlakunya perang uhud thalhah memainkan peranan yang teramat penting dalam perang uhud….Dalam perang ini Talhah telah telah menunjukkan keberanian dan kehandalannya yang luarbiasa…. Beliau telah tampil ke hadapan untuk mempertahankan jiwa Rasulullah tatkala Baginda sedang terkepung oleh pihak musuh … Pada ketika itu terdapat sebelas sahabat dari pihak Ansar dan seorang Muhajir iaitu Talhah yang berada di sisi Rasulullah s.a.w… Rasulullah s.a.w. terpaksa mendaki bukit lalu dikejar oleh kaum musyrikin…. Baginda kedengaran berteriak, "Barangsiapa yang mengusir musuh-musuh itu akan menjadi sahabatku di syurqa kelak…” setelah itu talhah berkata  "Aku, ya Rasulullah…"  lalu baginda pun berkata "Tidak, bertahanlah di tempat mu dulu!"…. Seorang di kalangan pihak Ansar telah tampil ke hadapan dan disetujui oleh Rasulullah…. Dia telah bertahan dengan sungguh-sungguh hingga beroleh syahid… Rasulullah s.a.w kemudian mendaki lagi bukit itu, dikejar oleh pihak musuh….

"Tidak ada lagikah sesiapa yang akan mengusir musuh-musuh itu?" teriak Rasulullah…. Talhah sekali lagi menyatakan kesanggupannya untuk menghadapi musuh-musuh itu tetapi Rasulullah terus menyuruhnya supaya bertahan di tempatnya sahaja…. Seorang pahlawan Ansar tampil ke hadapan dan berjuang lalu terbunuh lagi…. Keadaan ini berlaku hingga kesemua yang berada di sisi Rasulullah s.a.w peroleh syahidnya kecuali Talhah Bin Ubaidullah…. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w berteriak, "Sekarang ya bolehlah engkau menyerang!" teriak Rasulullah s.a.w kepada Talhah. ....

Tatkala itu gigi Rasulullah telah tanggal oleh pukulan musuh... Kelihatan muka baginda berlumuran darah… Baginda nampaknya hampir tidak berdaya lagi... Tatkala itulah Talhah tanpa memikirkan keselamatan nyawanya segera melindungi Baginda dari serangan musuh yang bertubi-tubi datangnya... Dengan kehandalan dan keberaniannya beliau berjaya mematahkan serangan musuh… Beliau telah bertempur dengan gigihnya hingga berjaya menyelamatkan diri Rasulullah. Bahkan anak jarinya telah terputus kerana gigihnya mempertahankan jiwa Rasulullah s.a.w.

Tatkala perang sedang menghebat itu, Abu Bakar dan Abu Ubaidah berada agak jauh dari tempat Rasulullah s.aw…. melihat keadaan Rasulullah s.a.w dalam keadaan itu mereka segera berkejar ke arah Baginda untuk membantu… Tetapi Rasulullah s.a.w, segera bersabda, "Tinggalkan saya dan bantulah sahabatmu itu (iaitu Talhah)…"Talhah ketika itu sedang berlumuran dengan darah... Beliau telah mendapat luka-luka yang banyak akibat tusukan pedang, lembing dan panah... Beliau telah terjatuh dalam sebuah lubang hingga tidak sedarkan diri… Demikian besarnya jasa beliau dalan Perang Uhud itu. Setiap kali bila kisah Perang Uhud ini diceritakan orang, Saiyidina Abu Bakar akan mencelah, "Hari itu, bahkan seluruh hari itu adalah kepunyaan Talhah."


Masyaallah jika kita lihat bagaimana sahabat mahu melindungi rasulullah s.a.w dari musuh… betapa bimbangnya sahabat akan keselamatan rasulullah s.a.w… sehingga nyawa mereka tidak ada nilainya jika rasulullah s.a.w disakiti… semoga kita menjadi seperti para sahabat baginda s.a.w yang amat mencintaidan menyayangi baginda s.a.w … insyallah… assalamualaikum

No comments:

Post a Comment