Sunday, 1 March 2015

Abu Bakar r.a menangis disaat para sahabat yang lain gembira

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Assalamualaikum… apa khabar antum sekalian…?? Apa khabar dengan iman?? Dah sadoo ke iman tu?? Jangan setakat sadoo di luaran ajee tapi nak angkat takbir untuk solat fardhu pun tak mampu nak buat…. Kali ni admin nak cerita kan sikit tentang sahabat dan bapa mertua baginda s.a.w iaitu abu bakar as siddiq…. Siapa yang tidak kenal insan yang bernama abu bakar ini… seorang khalifah pertama yang memerintah umat islam selepas kewafatan nabi s.a.w…. nak diceritakan tentang akhlak abu bakar ini sungguh tidak mampu nak dibandingkan dengan kitaa… beliau sanggup mengeluarkan kesemua hartanya untuk membantu nabi s.a.w mempertjuangkan islam dizaman itu… kita?? Nak sedekah 10 ringgit kat masjid pun berkira… tu seminggu sekali je time solat jumaat…. Ok lah admin nak ceritakan kisah sedih sikit minggu ni… admin nak cerita tentang abu bakar menangis disaat para sahabat yang lain gembira…
                Pada suatu hari di penghujung musim haji diwaktu petang.. rasulullah s.a.w berada diatas unta…. Rasulullah s.a.w pun bersandar pada unta beliau dan unta beliau pun duduk dengan pelahan-lahan… selepas itu turunnya malaikat jibril a.s bertemu nabi s.a.w membawa wahyu daripada allah s.w.t dan berkata:  “wahai Muhammad, pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian jugalah apa yang dilarang oleh-Nya. Oleh itu kumpulkan lah para sahabat mu dan beritakanlah kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir ak berjumpa dengan kamu”…. Setelah malaikat jibril pergi,, rasulullah s.a.w berangkat ke mekkah dan terus pergi ke madinah… setelah mengumpulkan para sahabatnya dan menyampaikan apa yang telah diberitahu oleh malaikat jibril…. Ketika para sahabat mendengarnya mereka pun gembira dan berkata “agama kita telah sempurna! Agama kita telah sempurna!”
                Tetapi sebaik sahaja abu bakar r.a mendengar apa yang disampaikan oleh rasulullah s.a.w beliau pun terus pulang kerana terlalu sedih mendengarkan berita yang telah disampaikan oleh rasulullah s.a.w… abu bakar pulang dan mengunci pintu rumahnya dan menangis sekuat hati… abu bakar menangis dari pagi hingga ke malam….. kisah abu bakar r.a menangis ini telah didengari oleh sahabat-sahabat yang lain….. maka berkumpullah para sahabat didepan rumah abu bakar dan bertanya kepada abu bakar “wahai abu bakar, apakah yang telah membuatkan engkau bersedih sehingga begini sekali….seharusnya engkau gembira kerana agama kita telah sempurna”… mendengar apa yang diperkatakan oleh sahabat yang lain lalu abu bakar menjawab…. “tidakkah kamu tahu akan musibah yang akan menimpamu?? Tidakkah kamu tahu bahawa setelah sesuatu perkara itu sempurna maka akan kelihatanlah kekurangannya… dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan tanda perpisahan kita dengan rasulullah s.a.w……. hasan dan Husain akan menjadi yatim dan para isteri rasulullah s.a.w akan menjadi janda”….
Setelah para sahabat yang lain mendengar apa yang telah dijelaskan maka menangislah mereka dengan sekuat-kuatnya….tangisan mereka didengari oleh sahabat yang lain…mereka pun segera bertemu rasulullah dan memberitahukan tentang kejadian itu… apabila rasulullah s.a.w mendengar berita yang disampaikan oleh para sahabat maka berubahlah muka rasulullah s.a.w dan segera bergegas ke rumah abu bakar r.a…. setelah rasulullah s.a.w sampai dirumah abu bakar r.a… rasulullah s.a.w mendapati semua spara sahabat menangis dan bertanya… “wahai sahabatku sekalian, apakah yang membuatkan engkau kalian menangis..? kemudian ali r.a berkata kepada rasulullah s.aw “ya rasulullah, abu bakar mengatakan bahawa dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat..apakah ini benar ya rasulullah”…..
Lalu rasulullah s.a.w berkata “benar lah semua yang dikatakan oleh abu bakar dan sesungguhnya waktu aku meninggalkan kamu telah dekat…” sebaik sahaja abu bakar mendengarkan apa yang dikatakan oleh rasulullah s.a.w maka ia pun menangis sekuat-kuat hatinya dan sepenuh tenaganya sehingga ia pengsan… ali r.a pula mendengarkan apa yang dikatakan oleh rasulullah s.a.w maka seluruh tubuh badannya bergetar dan seluruh sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu… sehinggakan gunung-ganang, semua malaikat yang ada dilangit, semua binatang berada di darat mahupun di dalam lautan turut menangis…. Kemudia rasulullah s.a.w bersalam dengan semua para sahabat beliau satu demi dan berwasiat kepada meraka…

Masyaallah, lihat lah betapa sedih dan sayangnya abu bakar r.a apabila beliau mendapat tahu tentang masa nabi s.a.w meninggalkannya sudah dekat sehingga menyebabkan beliau jatuh pengsan…. Begitu juga dengan para sahabat yang lain sehingga menyebabkan keadaan di sana menjadi sayuuu…. Mudah-mudahan kita juga dapat mencontohi para sahabat betapa mereka mencintai nabi Muhammad s.a.w dan mudah-mudahan kita juga akan menjadi insan yang dicintai oleh baginda nabi Muhammad s.a.w….. amin… allahummaamin…. Insyaallah jika diberi kesempatan admin akan menceritakan pula tentang betapa saidina bilal bin rabbah r.a mencintai baginda s.a.w..… sekian…. Assalamualaikum…

1 comment:

  1. http://beritadomino2o6.blogspot.com/2017/06/menurut-pakar-seks-ini-yang-dipikirkan.html

    http://jutawandomino206.blogspot.com/2017/06/foto-hot-siswi-smp-berhubungan-badan.html

    http://detik206.blogspot.com/2017/06/sering-di-hooh-oleh-pacar-ibu-siswi-sd.html

    http://marimenujudomino206.blogspot.com/2017/06/polisi-tidur-saat-bertugas-jaga-di-pos.html


    HALLO TEMAN-TEMAN DAFTARKAN SEGERA DIDOMINO206.COM JUDI ONLINE TEPERCAYA & AMAN 100% !

    SANGAT MUDAH MERAIH KEMENANGAN TUNGGU APALAGI AYO BURUAN DAFTARKAN TEMAN-TEMAN^_^

    UNTUK PIN BBM KAMI : 2BE3D683

    ReplyDelete